assalamualaikum ..
salam jumaat u all! korang yang kaum adam ni ada pergi solat jumaat tadi? ada? alhamdulillah. sempena hari jumaat yang mulia ini aku ada something nak share la ngan korang yer, amacam boleh? hehe. boleh lah sangat. keke.
yang aku nak share ngan korang beza antara solat dan sembahyang, ada beza eh? yer ada. artikel ini juga pernah aku nampak orang publish kat facebook. kalau yang belum tahu please take note oke?
baiklah. umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat". Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik". oh my God! are you kidding me? semestinya tidak (:
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang". Katanya- Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. Sembahyang juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang".
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah Sembahyang merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang." Orang Buddha pergi ke Tokong dan Orang Kristian pergi ke Gereja juga menggunakan istilah Sembahyang.
Tetapi kepada umat islam tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan/dipanggil sebagai "Sembahyang". mulai sekarang ubahlah ayat sembahyang itu kepada SOLAT.
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. fell free untuk khabarkan kepada saudara seIslam kita.



No comments:
Post a Comment